Monday, 8 October 2012

Susu apa yang paling bagus untuk bayi anda?

Pernah anda terfikir susu apa yang paling bagus untuk bayi anda?.Saya pasti ramai yang tahu, susu ibu ialah susu yang terbaik dalam dunia for your baby. Susu ibu sangat mudah dihadam, mengandungi khasiat yang complete dan mengandungi banyak air.

Tapi mcm mana jika anda tak mampu untuk menyusukan bayi anda?.Bukan semua ibu bernasib baik untuk mempunyai susu, dan kadang2 ada faktor2 lain yang menganggu pengeluaran susu anda. Stress juga salah satu faktor yang akan effect pengeluaran susu. Tambahan pula dengan keadaan sekarang, kebanyakkan ibu-ibu di bandar bekerja dan kekurangan masa untuk 'pump' sedikit sebanyak akan effect pengeluaran susu anda.

Ada sesetengah parent yang masih kurang yakin untuk hantar anak ke baby sitter, so anak tinggal di kampung, ibu pula tinggal di bandar. Bila berlaku keadaan mcm ni, direct brestfeed tak dapat dilakukan.Hanya bergantung pada pump sahaja.Pump pun kdg2 ter'miss'.Ini yang berlaku kepada saya. Saya masih belum yakin untuk menghantar anak saya ke 'baby sitter'.Tak pe la saya balik kampung setiap minggu, yang penting hati saya senang bila anak bersama ibu saya. Tu bergantung pada diri masing2, jika anda yakin untuk hantar anak anda ke 'Baby Sitter' tiada masalah, just need to survey first before hantar baby ke pusat penjagaan atau rumah orang.

Berbalik kepada issue susu.Jika anda dah tak boleh supply susu anda kepada baby anda.Susu alternatif apa yang ada untuk diberi kepada anak anda?.Mesti anda terfikir-fikir, especially yang first time be a mother,tak de experience. Saya ada beberapa cadangan untuk dikongsi bersama anda.

Hasil from pembacaan saya, saya pernah terbaca yang susu kambing adalah antara susu alternatif yang baik untuk baby anda.Komposisi susu kambing adalah menghampiri komposisi susu ibu dan tempoh pencernaan susu kambing adalah lebih singkat berbanding susu lembu. Anda boleh dapatkan susu kambing ini dalam bentuk sejuk beku, mcm kita frozenkan susu manusia, bila nak minum, anda perlu rendam, tunggu sehingga cair dan boleh diminum, NO DIRECT HEAT. Sebab direct heat akan rosakkan nutrisi susu tersebut.Untuk org dewasa mmg takde masalah untuk minum, tapi untuk berikan kepada bayi anda,anda perlu membaca dahulu,gain banyak info,if mmg betul susu kambing boleh bagi kat baby, then boleh la anda try. For me,saya ada niat untuk bagi baby saya susu kambing,just wait for the right time, kerana saya masih lagi mencari info-info yang boleh dipercayai.

Selain susu kambing,susu lembu ialah susu yang biasa menjadi susu ganti jika ibu tidak dapat membekalkan susu kepada bayi mereka. Untuk anak saya, saya menggunakan susu S-26 SMA Gold Stage 1 (From Birth to 12 Months). Setakat ni, alhamdulillah anak saya tiada masalah sembelit.Tapi of course my baby tak berak sesenang mcm minum susu ibu. Saya telah berusaha untuk breastfeed baby saya, tapi oleh kerana my baby tgl di kampung bersama ibu saya, lama2 nipple confusion pasti akan berlaku.

Baby saya dah tak nak direct breastfeed.Maybe structure nipple manusia tak sama dengan teat tiruan.So lama2 bila baby dah tak direct breastfeed, susu mcm kurang dan anda pun akan rasa malas untuk pump. As alternative, saya terpaksa memberi baby saya susu tepung,S-26. Susu S-26 ada mengandungi DHA, vegetable DHA, not fish DHA. Saya tak survey brand2 susu untuk diberi kepada anak saya. Sebab after bersalin, tempat saya bersalin mmg bekalkan S-26, so saya just continue S-26 dan baby saya pun tak sembelit, so tiada masalah.

Furthermore, S-26 ni susu brand lama, so saya agak yakin untuk continue bagi baby saya S-26 and bg saya, promotion secara besar-besaran di TV bukan faktor yang menjamin susu tersebut baik untuk bayi anda. Harga pun bukan memainkan peranan penting, tapi selalunya, harga mahal setanding kualiti. Ada jugak baby yang tak sesuai dengan susu S-26, bergantung kepada keadaan badan bayi tersebut. Actually S-26 ni ada 2 jenis,satu yang Gold satu yang biasa, yang Gold ni kandungan nutrisi lebih tinggi berbanding biasa. If anda nak beli S-26 ni, anda perlu survey di beberapa tempat sebab harga berlainan antara pasaraya. Bagi orang Muar, anda boleh beli di Fresco, harga lebih murah iaitu dalam RM58.20, ada pasaraya lain harga dalam RM60.00.Ape2 pun, survey dulu before membeli.

Just to remind, mcm mana bagusnya susu alternatif, still tak dapat tandingi susu yang manusia yang ALLAH jadikan mmg special untuk baby kita. Actually kalau kita fikir, susu lembu untuk anak lembu, susu kambing untuk anak kambing and susu ibu for your baby. Bagi ibu-ibu yang tidak dapat memberi bayi anda susu, jangan frust, ALLAH maha mengetahui.




5 comments:

  1. Puan,

    kalau susu kambing yang tepung tu boleh bagi to baby x?

    sebab ada terbaca yang that one mcm not recommended for infant 1 year and less.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikut MOH, mmg baby umur 1 year and below tak boleh minum susu kambing tepung.Sy pun no idea knp 1 year and below tak boleh minum.Tak sure sama ada, MOH ada study tak mengenai issue ni.

      Sy pernah try request sample from "Karihome" , tapi tak dapat, sebab baby sy below 1 year. But then bila pk2 balik kalau boleh sy prefer yg muslim product.

      Alternatively, sy bg my baby minum susu kambing fresh frozen (Asli) yg muslim punya.Setakat ni alhamdulillah.Baby sy ok.Just my advice kalau nak bg baby minum susu kambing original, bg yg dah dibekukan.Jgn yg immediate after perah.Tkt ade bacteria.Sy mmg bg anak sy minum yg beku punya.Kalau nak tau lebih lanjut, try puan bc entry "Susu Kambing For Baby".Maybe dapat membantu..:)

      Delete
  2. ye Allah lebih mengetahui segala-galanya.. kita para ibu ni selalu rasa frust tak dpt bf anak.. saya pun begitu.. sayu sangat rasanya..

    ReplyDelete
  3. Bukan hanya para ibu.. bapa seperti sy pun dah rasa tempias haru biru.. pergalaman pertama bila wife tak mampu beri susu yg secukupnya.. bby pula menangis teresak2.. tgh2 malam pulak tu.. sebak hati lihat bby dan wife sama2 menanges.. 3 pagi sy gegar semua kedai 24jam yg ada.. semua xde jual susu formula utk bby yg berumur 3 hari..

    ReplyDelete
  4. Aku mau coba susu susu s26 tp masih cari2 yg terbaik.

    ReplyDelete