Tuesday 25 June 2013

Risau Anak Masih Belum @ Terlalu Awal Tumbuh Gigi?

Assalamualaikum & Hi,

Agak lama saya tak "update" blog. Agak sibuk sikit sejak akhir-akhir ni. Ok, untuk "entry" kali ni saya nak share info dan pengalaman saya mengenai proses tumbuh gigi anak saya.

Adakah anda risau jika anak anda lambat tumbuh gigi atau terlebih awal tumbuh gigi??.

Sebenarnya, kalau ikutkan kajian, bayi telah mempunyai putik gigi semasa di dalam kandungan lagi.Sebab tu antara 2000 bayi yang lahir akan ade seorang yang lahir complete dgn sebatang atau 2 batang gigi. Pelik tapi benar..Hehe..And biasanya gigi tu takkan bagi "any harm" kepada bayi anda.Cuma gigi tadi perlu dicabut dan bile sampai waktunya, gigi tadi akan tumbuh semula. Jangan risau..

Ada seorang rakan saya lahir-lahir je anak dia dah tumbuh gigi sebatang. Biasa la, mula-mula rakan saya tu agak risau, tapi lepas doktor dah cabut gigi tu..Alhamdulillah..takde apa..And sekarang anak rakan saya tu da tumbuh byk gigi.

Biasanya bayi dah mula tumbuh gigi seawal umur 3 bulan, tetapi majoriti akan tumbuh gigi pada usia 6 hingga 7 bulan, ada bayi yang tumbuh gigi bile dah mencecah usia setahun.Untuk info, cepat atau lambat tumbuh gigi ini bergantung pada pertumbuhan gigi ibu bapa bayi tersebut.Jika anda atau suami anda tumbuh gigi cepat, biasanya bayi anda pun akan tumbuh gigi cepat.

Ada salah seorang kenalan saya bayi dia umur 4 bulan da ada 4 batang gigi..Hehe..Cepatkan??..Time tu anak sy just ada gusi je..:)..Belum tumbuh gigi lagi.

Ada beberapa mitos yang biasa saya dengar orang cakap mengenai pertumbuhan gigi awal..so gigi akan tercabut awal..Bukan pertukaran daripada gigi susu kepada gigi kekal tau.Tetapi maksud mitos di sini ialah gigi tu cepat tercabut bila umur semakin meningkat.

Ini sebenarnya hanya mitos semata-mata.Takde kaitan pun tumbuh gigi awal..gigi akan cepat takde.So ibu bapa yang anak tumbuh gigi awal.Jgn risau.Mereka mungkin ikut anda yang tumbuh gigi awal.



Anak saya pulak mmg lambat tumbuh gigi.Hehe..Anak rakan-rakan dah 7, 8 batang gigi..ada yg dah 11 batang gigi.Tapi anak saya sebatang pun takde..sampai la umur setahun.Betul2 lepas birthday anak saya, saya terasa tajam2 kat gusi anak saya.Hehehe.Excited!!..Mak pulak yang terlebih excited.Seronok bile rasa2 kat gusi anak saya rasa tajam2..Bile check..mmg sah tu ada 2 mutiara anak saya..Kecik je..Hehe..Geram!!!.

Honestly, saya mmg tak risau sangat anak lambat tumbuh gigi.Saya just menikmati "moment" anak saya sgt cute tanpa gigi..Hehehe..Saat tu tak mungkin berulang untuk anak yang sama..Betul tak??..Bile time pertukaran gigi susu ke gigi kekal..time tu da tak sama dgn time anak mmg takde gigi..Cute sgt bile tgk bayi takde gigi ketawa..Cuma bg saya, yang paling penting ialah monitor perkembangan anak saya.Alhamdulillah perkembang anak saya on track..Cuma lambat skit tumbuh gigi.Mungkin ikut saya dan husband..:).

Time anak saya tumbuh gigi..Alhamdulillah takde deman or merengek tak selesa ke apa.Anak saya macam biasa.Boleh main and makan.Syukur sgt.And utk info, kalau ikutkan kajian, mmg takde kaitan sebenarnya antara pertumbuhan gigi kesihatan anak.Orang biasa kaitan juka bayi nak tumbuh gigi akan demam sebab tak selesa dengan pertumbuhan gigi tersebut.Mungkin ada relevant nya, just saya inform ikut kajian yang dibuat tiada kaitan.

Macam anak saya, mmg Alhamdulillah takde deman or tak selera makan.Semua normal macam biasa.

Perlu ke ibu bapa sediakan "teether" untuk anak anda?

Sebenarnya kalau ikutkan pengalaman saya.. "teether" tu bukan benda yang wajib ada.Sebab anak saya mmg tak guna pun teether.Time da 4, 5 bulan..saya yang saje suke bg bayi saya gigit2 teether tu.Tapi bayi saya gigit kejap2 je.Bile da setahun time nak tumbuh gigi tu mmg tak perlu teether tu.TAPI..Bukan semua bayi sama.Mmg ada bayi yang time tumbuh gigi akan rasa tak selesa and perlukan "teether" untuk kurangkan ketidak selesaan semasa proses pertumbuhan gigi.

Apakah cara yang ibu bapa perlu lakukan untuk kurangkan ketidakselesaan anak semasa proses tumbuh gigi?

Daripada info yang saya dapat.Berikat "teether" yang sejuk untuk anak anda bagi mengurangkan rasa sakit semasa proses pertumbuhan gigi. Anda boleh carik "teether" yang boleh disimpan di dalam freezer dan pastikan handle "teether" tersebut tidak sejuk semasa dibekukan. Try carik di baby outlet atau online shop dan pastikan anda mencari handle "teether" plastik, bukan handle gel.Rujuk gambar dibawah.

Selain itu, ada juga ibu baps yang letakkan benda sejuk seperti ais di dalam kain dan ikat kain tersebut, kemudian berikan kepada anak anda untuk dihisap. Just pastikan anda letakkan ais hancur di dalam kain tersebut.

Ada juga ibu bapa yang rendamkan kain di dalam minuman sejuk seperti fresh juice dan kemudian berikan kepada anak anda.Pastikan anda berikan anak anda fresh juice dan tanpa gula.Jangan berikan anak anda juice di dalam kotak terutamanya pada bayi setahun dan ke bawah.

Ada juga ibu bapa yang kreatif dengan letakkan buah-buahan seperti anggur di dalam peti sejuk dan kemudian balutkan anggur tadi dgn kain dan berikan anak anda hisap.Pastikan anda pecah-pecahkan dulu anggur tersebut kepada cebisan kecil untuk mengelakkan bayi anda tercekik.Buah anggur tadi juga boleh digantikan dgn buah-buahan lain seperti pisang dan lain-lain.

Anda juga boleh berikan makanan yang sejuk dan "smooth" untuk anak anda seperti yogurt, apple puree dan sebagainya.

Ibu bapa hanya perlu kreatif untuk selesaikan masalah ketidakselesaan anak anda.Tidak perlu ke doktor untuk ambil ubat tahan sakit kecuali jika anda perhatikan keadaan anak anda tidak seperti biasa.

Last but not least.Dalam minggu lepas, saya rasa ada lagi tajam2 kat sebelah atas gusi anak saya..Hehehe..Gigi bawah belum habis tumbuh lagi..Gigi atas dah muncul..Geram tgk!!..Kecik je and sgt cute..Time anak anda tumbuh gigi..Ambik la gambar byk2 untuk kenangan..:)..And untuk info..Bayi akan tumbuh gigi bawah dulu dan kemudian akan diikuti oleh gigi sebelah atas dan gigi anak anda mmg tidak rapat sehingga lengkap pertumbuhan semua gigi.

Looking our baby teeth appear is very sweet moment for us!!..:)