Thursday, 18 April 2013

Cara Mudah Bersalin

Assalamualaikum and Hi!

Dalam entry ni sy nak share info dan juga pengalaman sy sendiri semasa nak bersalin. Sy bersalin di Tey Maternity Specialist Muar. Mmg da plan kalau diizinkan Allah mmg nak bersalin di kampung. Senang untuk sy, husband dan juga family.Lagi pun bila anak pertama ni mmg takde pengalaman, jadi berada di kampung sy dan husband rasa lebih terjamin.

Ok, utk info, sy dah start rasa sakit2, since pagi pada 18 May 2012. Rasa mcm sakit nak period mcm tu. Sakit kat bahagian pinggang tapi xberapa heavy (mild contraction). Masa tu sebenarnya tak tau la tu contraction or just perasaan sendiri ke apa. Sebab ble rasa sakit2 tu sy masih boleh buat kerja mcm biasa. Boleh tlg my umi masak, and boleh jalan mcm biasa.Sakit tu pun kadang2 and tak kerap.

Sy ada inform my umi yg sy mcm ade rasa sakit2, tapi umi ckp Oohhh..lama lagi nak bersalin tu.So ok la. Sy just abaikan je la sakit2 tu, lg pun takde la kritikal sgt sakit, just rasa mcm nak period.Ye la, kte mana la ade experience so xtau mcm mana sebenarnya rasa sakit nak bersalin tu.

Ok, dipendekkan cerita.Mmg betul yg pagi 18/5 tu adalah sakit contraction. Sebab pada malamnya baru rasa sakit sgt.Hehe..Mmg da tak tahan sakit. Bile mntak h7sband tolong monitor jam, nak tau selang berapa minit sakit tu datang..Makin lama makin cepat rasa sakit tu.So mmg dah sah la mmg ni sakit contraction, bukan sakit perut biasa.Yg da sakit sgt tu mmg da confirm   tu adalah contraction. Baru tau mmg contraction tu sakit sgt.Sebelum ni just dengar cite2 org je.Bila da merasa sendiri tu baru tau. Ooo..mcm ni rupenye contraction. At last ble da rasa sakit tu dtg setiap 5 minit, sy pun inform husband nak pergi klinik and trus siap2. Sy dapat rasakan kalau tak oergi klinik mmg malam tu tak dapat tido la gayanya.And takut bile malam sy tak cukup tido, esok bile p klinik tkt time nak bersalin tu letih and tak bertenaga.Kalau boleh mmg sy plan bersalin normal and tanpa vakum.

So dlm 12 mlm lepas my husband hbs tgk cerita kat tv..Hehe..Sempat lg tgk tv.Kami pun siap2 nak p klinik. Sebelum pergi klinik tu, sy request kat umi yg sy nak minum milo panas dan juga makan half boil egg (telur ayam kampung). Untuk pastikan sy ada tenaga time nak bersalin tu.Hope so..:).Time makan tu mmg da xtahan sgt sakit.Just kuatkan semangat utk mkn. Lepas mkn suma then kami pergi ke klinik.

5 minit je perjalanan da sampai klinik..Hehe..Tu yg ske bersalin kat Muar.Suma dekat and traffic mmg clear.Lg pun time tu da pukul 12 malam.Mmg clear la jalan.Ok, now ble da sampai je at Tey Maternity.Kami pun masuk laa, and sy terus dimasukkan ke labour room.Da siap2 salin baju and etc, then nurse check "Bukaan Rahim".Laaa..Baru bukak 2 cm, but sakitnya mcm rasa da nak beranak sgt.

Yg penting..apa yg sy nak share dalam entry ni ialah bagaimana sebenarnya cara untuk bersalin atau mmg bersalin ni takde cara pun??.Cintinue cite tadi, lepas nurse da check bukaan rahim, nurse pun call doctor and tanya sama ada doktor nak dtg atau doctor nak tgu bukaan rahim lebih besar baru nak dtg?.Dalam hati sy time ru, harap2 doktor dtg.Tak larat da nak menunggu dgn sakit and tak selesa..Alhamdulillah, nurse inform yg doktor nak dtg and tak lama lepas tu, doktor pun sampai. Bile doktor sampai je, doktor terus pecahkan air ketuban. So bukaan rahim daripada 2 cm tadi, terus buka kpd 4 dan 6 cm.

Sebelum doktor sampai, nurse suruh sy baring mengiring. Sy akan explain cara baring mengiring tu kat bawah. And untuk info, kalau doc pecahkan air ketuban,selalunya ia akan mempercepatkan bukaan rahim kite. Drpd pengalamanan sy, mmg lepas air ketuban pecah rahim buka dgn cepat kpd 4 and 6 cm tu.Tak sampai 5 minit.

So lepas doc dah pecahkan air ketuban, Doc pun keluar daripada labour room and nurse yang monitor condition sy. Kebetulan time sy tu ada sorang experience nurse yg monitor keadaan sy. Nurse tu sgt byk membantu sy, ajar cara bersalin, tlg cepatkan bukaan rahim and sapukan air selusuh kat sy. She's helping me a lot!.Thank you so much!. Jasa mu tidak dapat dibalas.

Cara yang nurse ajar untuk cepatkan BUKAAN RAHIM:

1. Baring mengiring sebelah kiri.
2. Kaki kiri lurus.
3. Kaki kanan bengkokkan sikit.
4. Bile time contraction dtg / time rasa sakit, Tarik punggung anda sekuat hati menggunakan tangan kanan and teran.

NOTE: Kalau tak sakit jgn tarik punggung, and teran.sebab nanti akan koyak your perineum (koyak kat private part anda).Ble byk koyak.Byk la jahitnya.Actually jahit tu yg sakit sgt lepas bersalin tu.

5. Just ulang steps di atas. Bile sakit tarik je punggung sekuat hati.



Lebih kurang mcm ni la position yg sy explain kat atas. Bg yg "right handed" anda perlu mengiring sebelah kiri and untuk "left handed", anda perlu mengiring sebelah kanan.Sebab ble kte mengiring sebelah kiri, tgn kanan yg akan tarik punggung kita and sebaliknya.Gunakan tgn yg anda master with it!.

Apa perlunya buat mcm ni??

Sebenarnya dgn "position" yg betul, ia akan memudahkan atau membantu anda bersalin dgn lebih cepat dan dgn koyakkan yg minimum. Insyaallah kalau betul caranya, sedikit sebanyak akan membantu mempercepatkan proses kelahiran anda. Kte usaha, Allah yang menentukan. Bykkan berselawat dan baca doa time sakit tu.

Tapi untuk pengetahuan, kite xboleh bersalin secara mengiring. Baring mengiring ni tujuannya adalah untuk cepatkan proses bukaan rahim.Untuk makluman, bukaan rahim yg membolehkan kite bersalin ialah 10 cm.So tadi, lepas anda dah buat steps di atas, once ble bukaan rahim da 9 cm nak ke 10 cm.Doc or nurse akan mntak anda pusing ke position normal.Rujuk gambar di bawah.Ni adalah position normal yg majority rakyat Malaysia bersalin.



Selain itu, sy ada terbaca info yg sebenarnya "position" yg bagus untuk bersalin ialah berdiri. Ni adalah bila anda berdiri, pusat graviti anda akan menjadi tinggi, jadik graviti akan membantu untuk menarik baby keluar ke bawah.So ibu-ibu hanya memerlukan sedikit effort untuk proses bersali  dan koyakkan jugak kecil atau maybe tak koyak.So jahitan akan kurang atau takde jahitan.




Tapi di Malaysia, biasanya kite praktis "position" biasa. Rujuk gambar di bawah. Sy kurang pasti sama ada patient boleh request kat doc untuk bersalin cara lain. Tapi dalam case sy, sy just bersalin dgn position biasa.Maybe next time boleh try request kat doc yg position berdiri pulak..Sape tahu..Hehehe..


Banyak berjalan juga membantu untuk mempercepatkan proses bersalin dengan cepatkan bukaan rahim.

Just Simple Tips untuk cepatkan PROSES BERSALIN dan kurangkan anda keletihan:

1. Tahan nafas and Teran.
2. Bila nak teran tu pegang peha.Pegang kuat and teran.
3. Pandang your perut time nak teran tu.Bila pandang perut,kita ada focus area and akan menyebabkan momentum teran tu lebih kuat.
4. Jangan stop lama sgt antara teran pertama, kedua atau ketiga. Lepas da teran sekali,then jika belum berjaya,cepat2 tahan nafas dan teran lagi.Sebab bile gap antara teranan tu sikit, teranan ni akan paksa anak anda untuk cepat keluar.

Insyaallah jika anda practice cara betul untuk bersalin.Anda boleh bersalin tanpa bantuan vacuum atau forcep. (Jika anda tiada masalah).Sebab kadang2 ada kes yang mmg tulang punggung sempit,so jika kes mcm tu, mungkin agak susah atau tak boleh bersalin secara normal. Sy tak berapa pasti.

Dalam kes sy,Alhamdulillah, sy bersalin secara normal tanpa vacuum atau forcep. Sy masuk labour room kira dalam pukul 12++ hampir pukul 1.00 pagi and 3.03 pagi sy bersalin. Alhamdulillah.Doa orang2 tersayang juga banyak membantu.

Bagi ibu-ibu mengandung terutamanya bagi first time mother. Selalu lah berbincang dgn doktor anda and inform doktor apa yg anda mahukan, cara bersalin yg bagaimana yg anda prefer. Jika anda aim untuk bersalin normal, bg tau doktor  dan pastikan anda selalu bertanya mengenai keadaan anda dan bayi anda. Jika mmg anda tak boleh bersalin normal, biasanya doktor anda akan inform awal.Antara kes biasa yg berlaku yg tidak membolehkan anda bersalin normal ialah bayi terbelit tali pusat dengan belitan ketat. Jika belitan hanya sekali belit dan longgar, InsyaAllah anda masih boleh bersalin normal. Semua keadaan ni doktor dah tau time check up lg dan doktor akan inform patient untuk pastikan mental patient da bersedia.

Dalam kes sy, my baby terbelit sekali belitan tali pusat dan longgar, so alhamdulillah sy boleh bersalin normal.


So for those yang menunggu masa untuk bersalin..Good Luck Guys!!..Kuatkan semangat dan always think positive!!.Aim untuk bersalin normal..:)..And usually sakit bersalin ni berbeza-beza, ada yang memang senang sgt deliver, and ada yang sedang and susah.Bergantung.Just try the Best!.

One simple tricks:
Always Think Positive!
Orang lain boleh buat, we also can do the same or much more better!

Imagine muka baby yg Cute tu!..:)





15 comments:

  1. Many thanks fоr your pоst. Figure οut hοw to halt anԁ ovеrcome
    ρanic ѵіolenсe.

    Alѕo visit my blog; how to overcome anxiety

    ReplyDelete
  2. thanx 4 the tips yer. sy bakal brsalin anak ke 6 ni tp still suka baca2 pengalaman n tips brsalin ni ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..Thanks Ummi kerana sudi membaca "post" di blog saya..:)..Saya sekadar berkongsi sahaja..:)

      Delete
  3. sis, boleh kongsi tak bil bersalin di hospital Tey Maternity Muar tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bil time 2012,mmg betul2 normal dalam RM1700.Taun 2014 normal tapi induce Bil dalam RM2200 macam tu.

      Delete
  4. Sy pun 2 2 bb bersalin kat tey maternity....n doc tey sendiri yg czer sy...igt yg ke 3 nak try normal la...sume doc. Tey yg monitor sy dr awl pregncy hingga last....7thn baru dpt bb...berkat n usaha sabar ngn trtmnt di clinic dia....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..:)..Saya bersalin yang first dengan Doc Yau.Tapi skrg Doc Yau dah pindah Columbia Asia kat Perak..Second dgn Doc perempuan kat Tey,tak ingat pulak namenye.Tapi Doc perempuan untuk normal sahaja,Czer dia tak boleh buat sebab bukan specialist,tapi dia sgt baik..:)

      Delete
  5. Mcmna nak tarik punggung tu? Xfahamm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kene mengiring ke kanan,kaki kiri tu kite bengkokkan,pastu bile rasa contraction tarik kuat2.Tapi actually dia ikut nurse.If nurse yang conduct tu bagus,mmg senang..:)

      Delete
  6. thanks for the info... saya nak ambil bahagian cara mudah bersalin dan tips proses bersalin letak dalam blog saya... boleh saya baca time saya start rasa sakit nanti dan praktiskan.... tq

    ReplyDelete
  7. Ke kiri atau ke knn? Dlm petikn bce ke kiri, kki knn bngkokkn.. ni ke knn kki kiri bngkok kan.. yg mne 1 sis,

    ReplyDelete
  8. Wahhh thanks a.....sgt membntu

    ReplyDelete
  9. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Kurangkan risiko di jahit selepas bersalin. Penting untuk ibu yang mengandung anak sulung, supaya nanti senanglah nak meneran. Baby besar pun tiada masalah.

    ReplyDelete
  10. Thanks sis. Berkongsi ilmu yg sgt berguna. Terima kasih. Sy scren shoot utk sy nnti. tq.

    ReplyDelete