Monday 29 October 2012

Kebaikan Akikah dan Bercukur Rambut

Apa itu Akikah?

Akikah means sembelih binatang ternakan untuk sambut kelahiran anak yang baru lahir. Binatang ternakan ni including lembu, kerbau, kambing, biri-biri, kibas dan unta. Kibas ni macam kambing biri-biri, tapi BUKAN biri-biri ye. Ayam, itik and seumpamanya tak boleh..:).




Bila perlu Akikah?

Akikah ni baik dilakukan pada HARI KETUJUH kelahiran atau selewat-lewatnya sebelum anak itu baligh, tetapi menurut Imam Malik r.a., akikah ni boleh dilakukan pada bila-bila masa seseorang itu mempunyai kelapangan.

As for me, i'm suggesting untuk yang berkemampuan and berkesempatan, laksanakanlah akikah for your baby pada hari ketujuh kelahiran. Sebab kita boleh sediakan keperluan-keperluan lain for our baby (stroller, playpen, cot and etc) tapi bab akikahkan anak, kita nak tangguh. So actually not fair la kan, sebab Allah dah kurniakan kita cahaya mata, so kita boleh lahirkan rasa syukur and gembira dengan melaksanakan amalan akikah ni. 

Untuk yang berkemampuan but tak boleh nak akikah pada hari ketujuh, don't worry, anda boleh lakukan akikah pada bila-bila masa sebelum anak anda baligh.

Untuk yang kurang berkemampuan, anda still boleh laksanakan akikah ni. I have simple tips untuk dikongsikan. For those yang bercadang nak akikahkan anak time baby, bila anda start mengandung, anda boleh saving RM 100 setiap bulan, so sembilan bulan RM 900, untuk baby girl da lepas la kos untuk seekor kambing, untuk baby boy, anda boleh saving sampai cukup. Or bila ada duit lebih, time dapat bonus ke, anda boleh saving lebih sikit. Sikit-sikit lama-lama jadik bukitkan. InsyaALLAH, mudah-mudahan urusan anda dipermudahkan Allah.


Apa syarat-syarat Akikah?

Akikah ni ada syarat-syarat yang kita perlu ikut. Syarat-syarat ni mcm guideline apa yang kita perlu buat untuk akikah ni.
  • Kena pastikan umur binatang sembelihan iaitu:
             - Lembu / Kerbau berumur 2 tahun lebih.
             - Kambing berumur 2 tahun atau telah bersalin gigi.
             - Unta berumur 5 tahun lebih.
  • Kena pastikan binatang sembelihan sihat dan tak cacat. Pilih yang terbaik untuk kita akikahkan.
  • Daging akikah kena potong ikut sendinya dengan tidak memecahkan tulangnya sesuai dengan tujuan akikah itu sebagai "Fida" (mempertalikan ikatan antara diri anak dengan Allah SWT).
  • Disembelih dengan nama anak yang dilahirkan.
  • Tak boleh berkongsi untuk seekor kambing. Tapi untuk lembu anda boleh kongsi sebab lembu or kerbau ada 7 bahagian. If your baby boy, anda ambik 2 bahagian lembu and if baby girl just 1 bahagian. Kalau kambing pulak, baby boy 2 ekor, baby girl seekor kambing. Untuk yang kurang berkemampuan, anda boleh ambik satu bahagian lembu atau kerbau and seekor kambing untuk baby boy anda.
  • SEBAIKNYA BERAKIKAH dengan KAMBING, tapi dibolehkan juga lembu, kerbau dan unta.

Lafaz Sembelihan Binatang Akikah

"Sembelihkan binatang itu atas nama anak yang dilahirkan dan ucapkanlah: ' Dengan nama Allah, ya Allah, bagi-Mu dan kepada-Mu kupersembahkan akikah si Fulan atau si Fulanah ini.'" (Hadis riwayat al-Baihaqi).


Rukun Penyembelih

Penyembelih perlulah orang Islam, Ahli Kitab, Baligh, Berakal dan Tidak melakukan penyembelihan dalam ihram haji. 

Zaman sekarang, orang Islam dah banyak jadik penternak, so untuk memudahkan urusan penyembelihan anda, anda boleh berurusan dengan penternak Islam dan segalanya mereka akan uruskan. Anda dapat daging yang da siap potong semua. Tapi before tu, anda perlu pilih binatang yang anda nak akikahkan. Suami and ahli keluarga boleh pilih binatang untuk akikah.


Hukum Daging Akikah

Daging binatang yang disembelih untuk tujuan akikah ni adalah SUNAT dibuat jamuan untuk ahli keluarga terdekat, jiran tetangga and saudara-mara terdekat. Kira daging tu PERLU DIMASAK. Tapi berbeza dengan daging korban, daging korban kita bahagi kat orang tanpa perlu dimasak.


Apa kebaikan Akikah?
  • Akikah ni dapat lahirkan rasa gembira atas satu jiwa Muslim yang baru yang sujud menyembah Allah SWT di dunia.
  • Dapat dekatkan diri anak itu kepada Allah atas akikah yang dilakukan.
  • Kukuhkan tali persaudaraan sesama Muslim apabila majlis akikah tersebut dihadiri oleh kaum keluarga, saudara-mara dan jiran tetangga.
  • Sebagai tebusan anak tersebut dapat memberi syafaat kepada ibu bapanya.
  • Menunjukkan tanda syukur kepada Allah SWT atas kurniaan-Nya.
  • Menjauhkan anak tersebut daripada segala bencana and bahaya.

Habis share info bab akikah. Then I want to share info regarding Amalan bercukur rambut pulak.


Apa itu bercukur rambut?

Cukur rambut ni means kita cukur semua rambut baby anda. Bukan potong jambul ye. Macam orang dulu-dulu, mereka lakukan potong jambul. Potong jambul ni just potong sikit je rambut baby then letak dalam air kelapa. Tu benda yang salah ye. Dalam Islam tiada istilah potong jambul, hanya ada bercukur rambut sahaja. So, bila kita da tau actually potong jambul tu tak perlu, no need to buat la ye.




Cara bercukur rambut

Oleh kerana baby ni so small and kepala lembik. Anda perlu berhati-hati time nak cukur rambut baby ni. Anda gunakan pisau cukur and cukur perlahan-perlahan rambut baby anda. Rambut baby ni ada yang nipis and halus and ada yang tebal. If tebal lg senang, untuk baby yang rambut nipis and halus, bila anda cukur rambut your baby, anda perlu sediakan semangkuk kecil air. Bila cukur je, then letak rambut tu dalam air, bg tak terbang. After dah selesai cukur, angkat rambut your baby from air. Rambut tu akan bergumpal, so senang.

Apa perlu buat after dah cukur ni?

Anda jgn buang pulak rambut your baby yang dah cukur tu. Rambut baby yang dah cukur tu, anda bawak pergi kedai emas, mintak dia timbang and nilaikan rambut tu dengan nilai emas semasa, and kemudian keluarkan duit berdasarkan nilai rambut baby anda untuk disedekahkan kepada fakir miskin. Macam my baby ari tu, sy just kena RM 40.00 only, sebab rambut my baby nipis and halus. So tak berat.


Apa kebaikan bercukur rambut ni?

Menurut Ibn al-Qayyim, amalan bercukur rambut ni dapat meningkatkan tahap kesihatan your baby sebab bercukur rambut ni membuka selaput kepala and merpertajamkan daya penglihatan, pendengaran dan deria bau.

Antara amalah lain yang perlu dilakukan pada hari ketujuh kelahiran ialah MEMBERI NAMA YANG BAIK untuk baby anda.

PROUD TO BE A MUSLIM. Islam mengajar cara hidup terbaik.

No comments:

Post a Comment