Wednesday 26 September 2012

Pengurusan Kewangan Bayi Anda

Pengurusan kewangan bukan bermula and tunggu bila umur anak anda setahun ke,dua tahun ke or tunggu dah masuk sekolah ke, ada parent fikir, tunggu anak dah kerja dia simpan duit sendiri. Mind set parent yang mcm ni kena ubah. Pengurusan kewangan untuk bayi anda start from lahir. Bila lahirnya anak anda, of course akan dapat duit sempena kelahiran. Duit anak anda is not your money.So, parents, please do not take an advantage from your child. As a parents,kita kena amanah, please simpan duit anak anda yang orang-orang bagi tu.



Kalau anda pinjam sekali pun duit anak anda untuk buat apa2 yang penting, sila la ganti semula. Tu rezeki anak anda, so actually kita tak berhak ke atas duit mereka. Ada some parent yang berpendapat, mereka besarkan anak lagi banyak guna duit.Ye, memang saya tak nafikan,kita mmg perlu invest duit yang banyak untuk anak, tapi kena ingat, tu adalah tanggungjawab kita as parent and amanah ALLAH kepada kita, tu mmg jumlah yang kita perlu keluarkan untuk meembesarkan anak. Duit anak,tetap duit mereka,bukan duit parent.

Ada beberapa TIPS untuk mengurus kewangan bayi anda:
  • Menyimpan didalam Amanah Saham Berhad (ASB)
  • Life Insurance (Saving)
  • Account Simpanan Biasa (Bank)
  • Beli Asset (Emas)

Simpanan di ASB

Mesti anda terfikir mcm mana la nak saving duit baby dalam ASB,sedangkan your child still kecil and tak boleh bukak ASB.Actually, anda boleh gabungkan duit anda bersama ASB duit baby anda.Untuk elakkan duit baby and duit anda bercampur, tulis amount duit baby anda dalam satu buku khas dan juga dipage belakang buku ASB anda.Jgn sibuk2 tulis kat depan, nanti takut org bank marah anda conteng2 buku ASB tu. Jika anda mempunyai lebih daripada seorang anak, tulis dengan clear dibuku khas yang anda sediakan NAMA dan JUMLAH DUIT bagi setiap anak.Simpan buku tu baik2, sebab anda perlu menyimpan sehingga umur anak anda 18 tahun. Dah 18 tahun, baru anak anda layak untuk mempunyai account ASB sendiri.

Average dividen untuk ASB ialah 8.0%, but last year 8.8%, so secara tak langsung, anda menyimpan dan mendapat keuntungan. Dividen yang anda dapat anda boleh simpan untuk anda, duit dividen tersebut boleh digunakan kemudian, mungkin bila ada keperluan untuk anda gunakan bila anak anda dah besar dan jangan sesekali gunakan duit anak anda. Mcm saya katakan tadi,kalau guna duit anak sekalipun, sila bayar semula.

Life Insurance (Saving)

Dalam keadaan sekarang, fungsi insurance bukan untuk insurance semata-mata, Life insurance ialah insurance dimana anda akan dicover oleh insurance dan juga ada portion from duit anda yang akan dijadikan simpanan. Life Insurance ni, makin muda usia anda masuk, makin banyak la saving anda.Untuk insurance, saya cadangkan anda ambik MAA TAKAFUL, bukan MAA ASSURANCE. MAA Takaful dan MAA Insurance berbeza ya. 

MAA Takaful ialah Islamic Insurance, dan investment untuk insurance ni dijamin halal, manakala MAA Assurance ialah conventional insurance,yang kita tak tau ke mana investment insurance tersebut. Untuk MAA Takaful, anda boleh start saving dengan hanya RM50 monthly. Life Insurance ni ada dividen, average dalam 9%, manakala actual dividen, Tahun 2010 - 16%, 2011 - 15%. So, untuk saving di insurance anda akan dapat perlindungan insurance bersama simpanan dan dividen.  Tapi anda kena tahu, hanya selepas 6 tahun, anda akan dapat fully saving.Anggaran saving dengan kiraan dividen 9% only bila umur anak anda 21 tahun ialah RM23k if anda start invest pada umur anak anda baby lagi. Tak rugi langsung anda ambik insurance ni.

Account Simpanan (Saving)

Untuk menyimpan di saving account.Anda boleh bukak account atas nama anak anda bersama nama ibu. Simpan dalam account simpanan biasa ni boleh, tapi saya tak berapa galakkan sebab dividen sangat sedikit dalam 1 - 2%. Sebab account simpanan ni mmg untuk menyimpan sahaja, sama mcm kita simpan duit kat rumah. Bezanya, kat bank ni selamat, and kat rumah tak selamat, tu je.

Beli Asset (Emas)

Untuk yang berfikiran lain sedikit, anda boleh invest duit baby anda untuk beli emas,Tak kisah laa baby anda lelaki ke perempuan. Beli emas as asset, bukan untuk pakai.Untuk yang ada baby girl, ni kira 2 in 1 la, anda boleh pakai and jadik asset. Untuk emas ni, anda bila time murah, bila harga emas naik, anda boleh jual emas tersebut.Sebab harga emas lebih stabil berbanding duit.

Ada banyak lagi cara yang anda boleh praktikkan untuk urus kewangan bayi anda, bergantung pada anda. Mula la untuk saving duit anak anda ketika masih bayi dan didik anak anda untuk menabung and kalau dapat duit raya, ajar anak untuk serahkan semua duit raya mereka kepada anda untuk anda saving.Jangan la bg anak2 beli permainan ke apa ke dengan duit raya mereka. Bak Pepatah Melentur Buluh biar daripada rebungnya. Kalau anak dah besar baru sibuk2 nak ambik duit raya mereka, mmg la mereka tak suka,sebab tak wujudkan culture menabung from kecil. Mereka akan sedar bertapa bernilainya anda saving untuk mereka bila besar nanti. Apa2 pun, anda sebagai parent memainkan peranan untuk mendidik anak anda bijak mengurus wang.Akhir sekali, jadilah ibu bapa yang extraordinary excellent dan jalankan tanggungjawab ikhlas kerana ALLAH.






No comments:

Post a Comment