Agak lama saya tak update blog ni..Agak sibuk and emosi tak berapa stabil..Hehehe..Sekarang ni dah bertambah ok..Alhamdulillah.
Tibe2 je saya buat entry ni kan..Actually benda ni berlaku kat diri saya sendiri.Anak yang pertama umur setahun 3 bulan lebih kurang..Time puasa hari tu..second day puasa..Saya rasa lapar yang teramat sgt..Period pun dah agak lewat dalam 2 minggu time tu..Hmmm..Rasa tak sedap hati..Simptom-simptom yang rasa ni sama mcm pregnant anak first..Terdetik dalam hati..Aku pregnant ke???.Takpe2..tgu hujung minggu nak p beli pregnancy test.Time tu mcm ade rasa loya2 sikit.Lagi la suspen.Hehehe.
Bile hujung minggu je..Dengan tak sabarnya..Minta adik tolong belikan pregnancy test..Hehehe..Hmmm..dpt je pregnancy test..Trus p toilet..Apa lagi..Nak test la kan..Then..Alamakk!!!..2 Line laa..Means positif la tu..Maksudnya..Pregnant!!.Try tgk gambar di bawah.
Jika positive akan ada 2 line..Jika result negative hanya ada 1 line sahaja.
Bila da tau result positive..So bermula la routine sebagai Pregnant Women.Kena makan Folic Acid.Pastu nanti kena daftar kat Klinik Kesihatan untuk buat buku merah dan regular check up.Berdasarkan pengalaman saya..Biasanya jika kandungan da 4 minggu, baru saya akan rasa simptom-simptomnya.Macam loya2, tak larat, pening kepala, tiada selera makan.Minggu yang seterusnya baru akan muntah2..Tapi alhamdulillah.Kandungan kedua ni muntah tak berapa teruk.Kandungan pertama dulu setiap hari akan muntah and tak boleh makan, tak boleh bau makanan, bau nasi lagi la tak boleh sehingga 4 bulan.Seksa sgt rasa time tu.Yang ni, alhamdulillah, tak berapa teruk alahan.Alahan ni bergantung kat orang juga.Ada yang tak muntah pun..Rilex je.Tapi ni actually hormon masing2.Lain orang..lain la ragamnya.
Mula2 bile tau je pregnant..Hmm..Tak terkata apa..Termenung japp.Sebab plan tgu anak yang pertama umur 2 tahun.So awal2 mmg mcm susah skit nak terima.Tapi husband byk beri nasihat.And lama2 fikir2 Allah da bagi rezeki.Kte kne redha.Terima dgn hati terbuka.And jika kira2 jarak antara anak pertama and kedua ialah 2 tahun.Walaubagaimana pun, fobia bersalin tu mmg tetap ada.Awal2 ble tau pregnant tu, da mcm2 da terbayang.Takut..suma ada.Mmg tak dapat bayangkan mcm mana laa nak bersalin lagi ni.Tapi lama2 bile fikir2 semula, nak tak nak kene kluarkan juga ble tbe masanya.So jgn stress2.Just fikir positive.Insyaallah kte boleh lakukan.
Bagi yang alami benda yang sama dengan saya..Belum bersedia untuk mengandung..Apa yang perlu anda lakukan??
Nak tak nak kte kena terima dengan hati terbuka.Byk muhasabbah diri.Just enjoy the moment.Bile enjoy insyaallah tak stress.Anak ni kurniaan Allah.So Allah da bagi kte kene redha.Mcm saya stress bile muntah2.Ni ble kandungan da masuk 12 minggu..Hati da bunga2 rasa excited.Hehe.Nanti nak pergi scan baby.Then skrg ni selalu ckp2 dgn anak pertama yang ada baby dalam perut saya.Walaupun anak saya belum faham.Tapi takpe, just introduce awal.
Jika ada antara anda yang belum bersedia untuk menambah bilangan cahaya mata disebabkan masalah kewangan.Jangan salahkan anak dalam perut.Just fikir positive.Suami isteri perlu ada planning untuk tambah pendapatan keluarga.Memang betul setiap anak ada rezeki masing2.Tapi rezeki takkan datang bergolekkan.So sy ingatkan diri saya sendiri.Tingkatkan usaha untuk tambah pendapatan keluarga.Boleh buat part time.Sekarang ni zaman teknologi canggih ni macam2 benda yang kite boleh buat untuk tampung masalah kewangan keluarga.Cuma berani atau tak..Rajin atau tak.Insyallah,Bak kata pepatah..Hendak Seribu Daya..Tak Nak Seribu Dalih..:)
Untuk anak kedua ni sebab da ada experience anak pertama dulu.Barang2 keperluan bayi saya plan nak beli awal skit.Ada beberapa barang keperluan yang saya da start beli.Beli sikit2, jadik xterasa sgt duit tu keluar.Time ada duit lebih beli la barangan keperluan bayi anda awal2.Sebab nanti lepas anak da keluar..Mmg byk gunakan duit time awal2.So planning sgt penting!.
Selain tu,antara benda yang saya boleh kongsikan berdasarkan pengalaman saya.Jika kte plan merancang untuk anak seterusnya, bolehla menggunakan alat2 mencegah kehamilan.Boleh gunakan IUD atau implant.Bagi diri saya,saya tak plan untuk mengambil ubat-ubatan.Maybe jika saya ada maklumat lengkap memgenai langkah-langkah pencegah kehamilan, saya akan kongsikan pada next entry.Just as reminder, sometimes ada juga yang dah pakai IUD ni tapi still pregant.Ni mmg btul2 Allah nak bagi rezeki.Takpe, terima dgn redha.Allah Maha Mengetahui.Kite da usaha, Allah yang tentukan.
Selain tu,sekadar makluman.Pregnancy Test yang kite dapatkan di farmasi-farmasi adalah 99% accurate.Selalunya result adalah tepat.Tempoh yang sesuai untuk lakukan test jika anda da lewat period selama 2 minggu atau lebih.Ni untuk yang regular period.Bagi yang period tak regular pulak, mmg agak susah.Saya cadangkan anda monitor period anda, ble masa anda bersama.Macam saya, saya monitor menggunakan "My DaysX".Saya download aplikasi ni untuk memudahkan urusan saya.Macam skrg ni saya pregnant, mmg last period saya telah catatkan.Senang.Mudahkan urusan anda dan urusan orang disekeliling anda.Untuk makluman juga,tempoh kehamilan dikira berdasarkan First Day of your last period.Bermakna hari pertama period anda sebelum anda tak period.
Oklaa..Saya rasa setakat ini sahaja perkongsian saya untuk entry ni.Maybe next time saya akan share topic2 lain pulak..So..bagi ibu2 yang tak plan pregnant tu..Jgn stress2..Redha and Just enjoy the moment.Kejap je masa berlalu..:)