Wednesday 26 September 2012

Pengurusan Kewangan Bayi Anda

Pengurusan kewangan bukan bermula and tunggu bila umur anak anda setahun ke,dua tahun ke or tunggu dah masuk sekolah ke, ada parent fikir, tunggu anak dah kerja dia simpan duit sendiri. Mind set parent yang mcm ni kena ubah. Pengurusan kewangan untuk bayi anda start from lahir. Bila lahirnya anak anda, of course akan dapat duit sempena kelahiran. Duit anak anda is not your money.So, parents, please do not take an advantage from your child. As a parents,kita kena amanah, please simpan duit anak anda yang orang-orang bagi tu.



Kalau anda pinjam sekali pun duit anak anda untuk buat apa2 yang penting, sila la ganti semula. Tu rezeki anak anda, so actually kita tak berhak ke atas duit mereka. Ada some parent yang berpendapat, mereka besarkan anak lagi banyak guna duit.Ye, memang saya tak nafikan,kita mmg perlu invest duit yang banyak untuk anak, tapi kena ingat, tu adalah tanggungjawab kita as parent and amanah ALLAH kepada kita, tu mmg jumlah yang kita perlu keluarkan untuk meembesarkan anak. Duit anak,tetap duit mereka,bukan duit parent.

Ada beberapa TIPS untuk mengurus kewangan bayi anda:
  • Menyimpan didalam Amanah Saham Berhad (ASB)
  • Life Insurance (Saving)
  • Account Simpanan Biasa (Bank)
  • Beli Asset (Emas)

Simpanan di ASB

Mesti anda terfikir mcm mana la nak saving duit baby dalam ASB,sedangkan your child still kecil and tak boleh bukak ASB.Actually, anda boleh gabungkan duit anda bersama ASB duit baby anda.Untuk elakkan duit baby and duit anda bercampur, tulis amount duit baby anda dalam satu buku khas dan juga dipage belakang buku ASB anda.Jgn sibuk2 tulis kat depan, nanti takut org bank marah anda conteng2 buku ASB tu. Jika anda mempunyai lebih daripada seorang anak, tulis dengan clear dibuku khas yang anda sediakan NAMA dan JUMLAH DUIT bagi setiap anak.Simpan buku tu baik2, sebab anda perlu menyimpan sehingga umur anak anda 18 tahun. Dah 18 tahun, baru anak anda layak untuk mempunyai account ASB sendiri.

Average dividen untuk ASB ialah 8.0%, but last year 8.8%, so secara tak langsung, anda menyimpan dan mendapat keuntungan. Dividen yang anda dapat anda boleh simpan untuk anda, duit dividen tersebut boleh digunakan kemudian, mungkin bila ada keperluan untuk anda gunakan bila anak anda dah besar dan jangan sesekali gunakan duit anak anda. Mcm saya katakan tadi,kalau guna duit anak sekalipun, sila bayar semula.

Life Insurance (Saving)

Dalam keadaan sekarang, fungsi insurance bukan untuk insurance semata-mata, Life insurance ialah insurance dimana anda akan dicover oleh insurance dan juga ada portion from duit anda yang akan dijadikan simpanan. Life Insurance ni, makin muda usia anda masuk, makin banyak la saving anda.Untuk insurance, saya cadangkan anda ambik MAA TAKAFUL, bukan MAA ASSURANCE. MAA Takaful dan MAA Insurance berbeza ya. 

MAA Takaful ialah Islamic Insurance, dan investment untuk insurance ni dijamin halal, manakala MAA Assurance ialah conventional insurance,yang kita tak tau ke mana investment insurance tersebut. Untuk MAA Takaful, anda boleh start saving dengan hanya RM50 monthly. Life Insurance ni ada dividen, average dalam 9%, manakala actual dividen, Tahun 2010 - 16%, 2011 - 15%. So, untuk saving di insurance anda akan dapat perlindungan insurance bersama simpanan dan dividen.  Tapi anda kena tahu, hanya selepas 6 tahun, anda akan dapat fully saving.Anggaran saving dengan kiraan dividen 9% only bila umur anak anda 21 tahun ialah RM23k if anda start invest pada umur anak anda baby lagi. Tak rugi langsung anda ambik insurance ni.

Account Simpanan (Saving)

Untuk menyimpan di saving account.Anda boleh bukak account atas nama anak anda bersama nama ibu. Simpan dalam account simpanan biasa ni boleh, tapi saya tak berapa galakkan sebab dividen sangat sedikit dalam 1 - 2%. Sebab account simpanan ni mmg untuk menyimpan sahaja, sama mcm kita simpan duit kat rumah. Bezanya, kat bank ni selamat, and kat rumah tak selamat, tu je.

Beli Asset (Emas)

Untuk yang berfikiran lain sedikit, anda boleh invest duit baby anda untuk beli emas,Tak kisah laa baby anda lelaki ke perempuan. Beli emas as asset, bukan untuk pakai.Untuk yang ada baby girl, ni kira 2 in 1 la, anda boleh pakai and jadik asset. Untuk emas ni, anda bila time murah, bila harga emas naik, anda boleh jual emas tersebut.Sebab harga emas lebih stabil berbanding duit.

Ada banyak lagi cara yang anda boleh praktikkan untuk urus kewangan bayi anda, bergantung pada anda. Mula la untuk saving duit anak anda ketika masih bayi dan didik anak anda untuk menabung and kalau dapat duit raya, ajar anak untuk serahkan semua duit raya mereka kepada anda untuk anda saving.Jangan la bg anak2 beli permainan ke apa ke dengan duit raya mereka. Bak Pepatah Melentur Buluh biar daripada rebungnya. Kalau anak dah besar baru sibuk2 nak ambik duit raya mereka, mmg la mereka tak suka,sebab tak wujudkan culture menabung from kecil. Mereka akan sedar bertapa bernilainya anda saving untuk mereka bila besar nanti. Apa2 pun, anda sebagai parent memainkan peranan untuk mendidik anak anda bijak mengurus wang.Akhir sekali, jadilah ibu bapa yang extraordinary excellent dan jalankan tanggungjawab ikhlas kerana ALLAH.






Monday 24 September 2012

What do you expect after giving birth?

Apa yang you all expect after giving birth?.Badan dengan cepat return to pre-pregnancy shape?.Berat badan cepat turun?.Perut jadik cantik?.Mesti mcm2 you all akan fikir especially yang berkaitan beauty. And for me, I fikir pas bersalin akan immediately keluar susu. Seriously, no experience, and more I anak first and no big sister to refer.

We start with our body first ok.After bersalin, not immediately your body return  mcm badan sebelumnya.It took nine months untuk your perut membesar, so its also take time untuk your body system return mcm before you all pregnant.

Pas you all bersalin, perut you all nampak still mcm ade baby inside. For me, aku rasa mcm sedih je bila tgk perut mcm tu, then no baby inside.Bayangkan 9 months perut you all berisi, suddently kosong, mesti akan terasa and more, this is my first baby. Pas bersalin tu I have so much mix feeling plus by that time baru you all akan rasa sakit effect from episiotomy, tu for those yang bersalin normal, untuk yang caesar, aku tak tau apa akan rasa.


Tummy 

Ni sample picture your tummy will look like after bersalin.Tapi if baru sgt bersalin, your tummy akan hitam and lagi besar and sgt lembut sampai rasa mcm takut nak pegang. Mmg standard warna  perut you all akan lebih gelap daripada warna kulit asal, but don't worry colour kulit you all akan kembali kepada warna asal after 3 or 4 months.

Untuk dapatkan perut yang cantik,rajin2 la berbengkung yer.Bengkung tu makin ketat makin best.Tapi awal2 tu sebab luka jahitan belum baik, so tak boleh gak nak ikat ketat2 sgt. Agak2 tak menyakitkan sudah,ikut selesa.

Untuk pengeluaran susu pulak, depend kat badan masing2.Ada org immediate pas bersalin je terus keluar susu. But based on my experience and kawan2 yang bersalin anak first, susu you all akan keluar after dah berurut. Waktu urut tu,ya ALLAH, mmg sakit.Baru tau yang actually sakit bila kne urut breast yang full with milk. Pastu nanti, kat breast you all akan rasa berketul ketul, tu actually your milk gland.Bila ada yang berketul2, you all urut perlahan2 and bila susu keluar cepat2 la pump ye or trus bagi direct feeding kat your baby. Bagi ibu2 yang bekerja pulak, pump la susu anda sementara banyak, sebab boleh buat stock.Bila production dah slow, you all akan rasa susah hati and menyesal sebab tak pump waktu susu tgh banyak.

Breast Anatomy

Ni adalah structure breast kita. Bila you all pegang your breast, breast akan terasa lembut and berketul-ketul, and bila breast dah full dengan susu, akan rasa berat and suam-suam. Pastu susu ni bukan keluar sentiasa.Bila susu nak keluar, akan rasa berdenyut-denyut.Bila rasa berdenyut je cepat2 la sediakan apa yang patut and paling bagus, pegi pump and buat stock.

Ok la,apa-apa hal pun, kalau nak perut cantik ke, nak susu banyak ke kena rajin-rajin laa berusaha. Tapi for info, memang bukan senang perut nak slim mcm zaman2 anak dara. Boleh slim but take time. Usaha and usaha.






Saturday 22 September 2012

Cara Tidur Yang Selamat Untuk Bayi Anda

Pernah tak anda terfikir mcm mana cara tidur yang paling selamat untuk bayi anda?..Atau anda hanya sekadar menurut kata orang tua-tua?.Dulu orang tua-tua kata tidur meniarap (Sleep on her front) bagus, tapi benarkah bagus?. Actually for me, ada yang kita boleh ikut cara orang dulu-dulu but banyak yang kita kena improve melalui pembacaan, tak kisah laa buku ke, internet ke or bahan bacaan yang lain ataupun boleh attend kelas. Just ikut selera masing. Tak rugi if kita membaca lebih and share ilmu yang kita ada dengan orang lain and boleh bertukar-tukar pendapat.

Tidur Meniarap (Front)


Actually from my reading, tidur meniarap adalah tidak betul and tidak boleh sama sekali especially untuk newborn and baby bawah 5 bulan. Ade banyak bad effect if baby tidur meniarap ni. Effect yang paling simple and logik, takut baby tersembam. Tau tak tersembam tu apa?..Tersembam tu means takut baby tertutup muka sendiri.

Baby yang sangat kecik, tulang mereka still belum betul-betul kuat. So bila baby dah tersembam, dia tak kuat nak angkat semula kepala untuk membolehkan mereka membetulkan kedudukan kepala dan bernafas. Nak mintak tolong belum tu cakap..So its dangerous and very risky if anda biarkan baby anda tidur meniarap.

Tidur meniarap ini juga, meningkatkan risk SIDS. SIDS stand for Sudden Infant Death Syndrome. SIDS ni takde sebab, suddenly je baby boleh kne SIDS ni, tapi kita boleh try untuk kurangkan risiko baby kena SIDS dengan betulkan cara tidur mereka. Baby ni kita yang train, so if from start dah train tidur terlentang, baby akan rasa selesa and takde masalah.


Tidur Mengiring (Side)



Mesti anda semua fikir tidur mengiring ok je.Takde masalah pun, lebih kurang je dengan tidur terlentang. Before ni saya juga fikir mcm tu and my baby pun pernah tidur mengiring. Tapi actually tidur mengiring juga kurang digalakkan dan tidak selamat as tidur terlentang. Tapi better than tidur meniarap. Bila kita dah tau yang tidur mcm ni tak berapa bagus untuk baby kecil, better kita ubah sleep position mereka.

Tidur Terlentang (Back)


Cara tidur yang paling selamat and disyorkan ialah tidur terlentang (Sleep on her back). Cara tidur sebegini dikatakan dapat mengurungkan risiko SIDS dikalangan bayi kecil (Newborn - under 5 months). Tapi bila baby anda dah masuk 3 months, time tu kaki tangan mereka dah kuat. So make sure jangan letak bantal yang ringan and kecil disekitar baby anda. Sebab baby ni dah pandai tendang2 and angkat tangan, so kdg2 bantal tu accidentally tertutup muka baby. Sangat Bahaya!!..My baby pernah 2, 3 kali jugak buat kes mcm tu. Tangan kaki suma bergerak, tu yang terlambung bantal tutup muka, time tu mujur saya kat sebelah my baby. So bila dah 2, 3 kali mcm tu, cepat-cepatkan jauhkan bantal from your baby or tukar kepada bantal yang lebih berat.

Bagi bayi yang sudah berumur around 5 to 6 months (yang dah start berguling), by this time, risiko SIDS sudah berkurang. Jadi anda boleh beri sedikit kebebasan kepada bayi anda untuk tidur di position yang mereka selesa, tetapi if pada waktu malam, anda terjaga and nampak your baby tidur tertiarap, gulingkan baby anda dengan perlahan ke sleep position terlentang. No need angkat baby anda.


Ape-ape pun, train your baby untuk tidur dengan cara yang betul untuk kebaikkan semua, INSYAALLAH.





Perlu ke 'Toys' untuk bayi?

Perlu ke tak mainan untuk baby nie??..Mesti suma terfikir-fikirkan??..Nak beli ke tak nak mainan untuk baby ni, sekali fikir mcm nak beli, dua kali fikir macam membazir pulak..yelaa dah banyak duit keluar untuk sambut kelahiran anak. Tapi jika anda tanya pendapat saya, bagi saya 'Toys' atau 'Educational Toys' ini memang perlu untuk mempercepatkan perkembangan bayi anda, especially perkembangan otak dan kebolehan untuk 'Grab' barang.

Ada banyak pilihan untuk anda mendapatkan 'toys' tersebut dengan harga yang murah, anda boleh membeli di kedai online. Di kedai online ada banyak pilihan sampai anda tak terpilih. Membeli secara online ni boleh menjimatkan masa, just perlu tambah untuk postage and assume harga postage tu adalah harga minyak anda if beli barang secara walk-in. Tapi, kdg2 ada kedai online yang tawarkan harga barang dah include postage bergantung pada barang apa yang dipilih. 

Untuk yang tidak prefer online pulak,boleh mendapatkan barang mainan untuk baby di Jusco, The Store, Tesco dan lain-lain.Just pergi kat bahagian pakaian baby and barang permainan ada terselit kat belakang-belakang baju tu. Kalau tak jumpe gak, just tanya je promoter kat situ. Diorang mesti tau punye. If sesape yang pergi beli kat Jusco, Jusco lebih tersusun. Ada satu tempat khas untuk barang permainan. For me, I prefer Jusco especially Jusco yang besar, senang nak carik barang.

Mesti anda tertanya tanya bila waktu sesuai anda boleh bermain bersama baby ni?..Tunggu umur baby sebulan ke, dua bulan ke or setahun baru boleh start main?..Maybe ada yang fikir baby ni bukan tau ape pun, main pun macam takde response je.. Actually anda sudah boleh untuk bermain bersama bayi anda ketika di awal usia kelahiran lagi (Newborn).

Semakin awal anda mula bermain, semakin cepat anda boleh lihat perkembangan baby anda and waktu baby kecil, memang kita tak berapa nampak response baby,tapi baby akan bagi response seiring dengan peningkatan usia. Oleh kerana jarak penglihatan newborn adalah terhad, jadik warna-warna yang terang (High Contrast) menjadi kegemaran bayi anda. Anda boleh memilih permainan yang terdiri daripada warna putih, hitam, merah atau warna-warna terang yang lain.


Hanging Toys

Hanging Toys ni memang sgt sesuai for newborn. Sebab newborn ni masih tak boleh nak 'grab' thing, still belum pandai pegang, so hanging toys is the best toys untuk baby. Hanging Toys ni anda carik yang mcm dalam gambar ni or at least yang boleh bergerak or berpusing and with music. Sebab baby prefer benda yang bergerak. Anda boleh dapatkan hanging toys dengan harga yang berpatutan. Setakat ni saya pernah survey di POPULAR Book Store. Harga just dalam RM 23++. 


Static Hanging Toy
                                    

Ini pun Hanging Toy jugak. Tapi I tak prefer this type of hanging toy sebab just ada music only but with no movement. For me, better beli yang ada movement and with sound.

Based on experience my experience, I tak buat persediaan awal untuk beli permainan untuk my baby, tapi saya cube bermain dengan benda-benda yang ada di rumah. Yelaaa, dalam pantangkan, mcm mana nak keluar beli barang permainan baby pulak..hehehe..Just recycle je ape yang ada di rumah. Bagi yang creative, anda boleh gunakan brg2 yang ada di rumah anda untuk main with baby anda.

After dah sebulan, baru saya keluar beli barang mainan untuk baby saya. Actually by that time belum habis pantang lagi pun, tapi rasa dah sihat sikit, tu yang meround gi carik permainan untuk baby saya. Saya beli sikit2. Ada lagi mainan yang saya plan nak beli. Ni antara koleksi mainan anak saya.


Hand Rattle


Ni first mainan yang I beli for my baby. Tak mahal pun, dalam RM 5.90 if tak silap. Brand Tollyjoy. Beli at The Store. Rattle ni agak keras, tapi yang bestnye rattle ni boleh pusing2. So baby memang suka untuk tgk benda yang bergerak, yang tak bestnya kena pusingkan manual rattle ni. Tapi takpe exercise tangan.haha.



Wrist Rattle


 'Wrist Rattle' ni boleh ikat kat pergelangan tangan baby.Tapi if me, sometimes ikat je kat pergelangan kaki my baby.Bila baby gerak2, benda tu pun berbunyi-bunyi.



Toy ni tak tau la ape namenya.Tapi bila picit, this toy akan keluarkan bunyik and it is soft toy. Ni bukan rattle tau.


Soft Ball


Soft ball ni boleh guna bila baby dah pandai nak try pegang2..Dalam 3 months dah boleh train baby untuk main soft ball ni. Train baby untuk pegang benda-benda yang besar dahulu, jangan bagi benda yang kecik dulu sebab baby ni still tak boleh pegang dengan stable, so if kita bg benda yang kecik, memang langsung baby anda tak boleh nak pegang. Lagi satu baby ni last destination toys tu akan pergi ialah at mulut. Baby ni mmg hobby suka masuk barang dalam mulut. So, bahaya if bagi baby untuk pegang benda yang kecik and boleh masuk dalam mulut. Takut tercekik. Elakkan bg baby benda yang kecik2 ye.

Fisher Price Play Gym

Ni Rainforest Melody Play Gym by Fisher Price. Toys Fisher Price ni mmg mahal. I prefer this Play Gym sebab ada hanging toys yang lengkap dengan music and hanging toys. Music play gym ni adalah jungle sound, so mcm baby kita konon-konon dalam hutan. Play Gym ni gak complete with light. Tu yang bestnya Ply Gym ni. Untuk yang ada budget lebih, boleh la fikir2 untuk dapatkan Play Gym ni. Had umur for this toy adalah from birth and up. So actually anda dah tak perlu hanging toys if dah ada Play Gim ni. This Play Gym still not in my baby collection.

TIPS Untuk Membeli 'Toys" untuk baby anda:
1. Tgk function Toys tersebut. Tak perlu permainan yang terlalu mahal, tgk budget.
2. Beli yang more than one function, tapi if rattle and soft toy tu mmg functionnya
    untuk pegang and bunyi sahaja.
3. Ikut keperluan dan jgn membazir. Beli stage by stage (Sikit2).

Thanks For Reading. Bagi sesiapa yang nak share experience or bertukar-tukar pendapat. Boleh comment di blog saya.